Sunday, 29 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

"Selamat menyambut tahun baru 2014" saya sebagai pemilik blog Jamal Tommy agak terlalu lama tidak menjengah ke blog sendiri. Bermula dari bulan Oktober hinggalah ke akhir Disember ini masih lagi dihujani dengan kerja-kerja di pejabat. Minat untuk melukis tetap membara, minat untuk berpameran juga tetap ada, namun saya tidak punya banyak waktu untuk itu semua. Sekali sekala saya mencuri waktu untuk melukis dan bertemu rakan pelukis lain bagi melepaskan minat yang cukup mendalam terhadap bidang seni lukis. Inilah diantara cabaran yang perlu ditempuhi oleh pelukis sambilan seperti saya. Ada rakan berkata "adakah aku ingin membeli DUNIA" kerana terlalu sibuk dengan kerja. Tidak.......tidak sekali kali untuk aku membeli dunia. Dunia Allah yang punya, aku hanyalah insan kerdil menumpang diduniaNYA.  Masakan bisa aku membeli dunia. Aku sibuk dek kekangan waktu kerja...kerana itu adalah amanah yang telah diberikan kepadaku...tanggungjawab dipejabat itu harus didahulukan demi untuk menyara keluarga. Untuk menjadi pelukis sepenuh masa? Belum lagi...masih terlalu jauh perjalanan yang perlu ditempuhi, ilmu didada sekelumit saja...nasib tidak baik anak-anak isteri akan kelaparan. Aku pasrah dengan keadaan ini, bersyukur dengan nikmat Allah. Bakat yang dipinjamkan buatku akan ku asah agar tidak terus tumpul dimakan waktu. 2014 menjelma, insyaAllah dengan semangat yang lebih membara ku harap akan punya lebih waktu untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu tinggi........SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 dan "Jangan berhenti Melukis



Title: "Muara di Bentayan 2"
Medium: Watercolor on paper, 300gsm
Size: A2
Year: 2013

No comments: